Saturday, January 29, 2011

S.A.Y.A.N.G =)

erm..mengambil masa utk aku coretkan tinta hati dalam blog nie..
kdg2 otak dan minda aku menerawang mencari idea2 yg sesuai untuk aku titip dan kongsi bersama..
ea..akhirnya aku memilih utk menitip kisah hidup aku bersama org yg sllu disamping ku..

takala aku sendiri mengimbau semula segala kisah lampau..
membuka semula buku yg berhabuk tidak pernah aku jegah sebelum ini..
betapa aku sedar,byk kesilapan ku lakukan krn keegoan diri, kecetekan akal utk berfikir dan plg penting....
ketidakboleh percayaan diri ini utk menghargai..

kdg2 aku sibuk mencari kelemahan diri, menyalahkan situasi dan takdir tanpa aku fikir utk menyayangi diri..
ia...aku lupa utk menyayangi diri dan terlalu sibuk menyayangi dan cuba membahagiakan org lain..
aku tersedar, aku telah hanyut tetapi masih belum jauh utk aku putarkan semula khilaf ini..

dulu aku fikir,kita xblh jadi mementingkan diri, kita mesti menjaga hati org lain,kita tak boleh lukakan hati orang..
tapi aku lupa dan tak sedar aku telah lukakan hati mereka dengan sikap yg tak sayangkn diri sendiri!!!

stigma menerjah kotak fikiran bila berbicara ttg "sayangkan diri"..
ada yg berfikir sygkn diri bermaksud mementingkn diri, buat hal sendiri tak endahkn org len dan plbagai definisi yag bersangkut paut dan sepupu sepapat dengan selfish dlm bahasa mudahnya...
namun kita lupa pujangga pernah bermadah..
''sesungguhnya sayang dan cintai diri sendiri sebelum kita menyayangi org lain..kerana apabila kita menyayangi diri sendiri barulah kita boleh menyintai dan menyayangi orang lain tanpa syarat''

nah!!!!kelu lidah berbicara, berpusing otak memikirkan...tanpa syarat bukan bererti kita tidak meletakkan had..sebaliknya apabila kita sayangkan diri kita akan cuba memperbaiki kelemahan diri, memperkasakan lagi sifat baik dalam diri, menjaga diri dan paling penting sentiasa berusaha utk jadi lebih baik...bila kita sudah mula menyayangi diri,kita tidak akan meletakkan syarat pada pasangan, meminta itu dan ini..kerana dengan menyintai diri sendiri kita akan sedar  bahawa kita hanya makluk ciptaan Tuhan yang bersifat sementara....

ciptaan Tuhan yg punyai rasa sayang dan cinta..
ciptaan Tuhan yg kdg2 kala melakukan kesilapan..
ciptaan Tuhan yg masih ada kekurangannya..
ciptaan Tuhan yg harus sedar Tiada yg SEMPURNA melainkan TUHAN MAHA ESA...

kINI,aku lebih tahu..
aku lebih menghargai orang disekeliling ku..
belajar sayangkan diri...
menghargai ibu,bapa dan keluarga ku..
menyintai insan yg berjaya mengubah aku ke arah yg lebih baik..
menghormati rakan-rakan ku..
menyayangi ilmu yg ku miliki..
dan meletakkan Tuhan itu tertinggi dalam sanubari ini....

NEVER GIVE UP!!! (^_~)v

0 comments:

Post a Comment