Thursday, April 28, 2011

where does my heart go?

aku tidak mengerti apa yang sedang terjadi dengan sekeliling ku~tiba2 rasa hati ini sangat sakit n bermurah durja tanpa sebab dan alasan yang aku sendiri tidak mengerti...
berlari aku mencari..menuju ke awan tertinggi...berenang ke lautan terdalam..namun..
masih lagi tidak ku temukan jawapan...
aku cuba membuat konklusi sendiri..
mencari erti disebalik warna,disebalik tiap butir bicara dan disebalik tingkah yang penuh misteri....



aku..aku..aku...aku kurang mengerti..
adakah aku semakin membenci diri..atau adakah aku sudah hilang rasa percaya pada angin yang berbisik halus ditelinga..dengan bicara yg muluk2 sahaja?atau aku sudah mula rapuh untuk percaya pada sinaran sang bintang yg terang menerangi kegelapan malam...

sungguh..sungguh..sungguh aku tidak mengerti..

dalam kepayahan diri meraba2 n terkapai-kapai mencari nurani diri..mencari erti dan nilai diri..aku tersungkur..
mudahnya...aku jatuh lalu tersembam ke bumi...malu..malu..malu...
cukup malu..benar...benar kata org dulu2...kata-kata itu lebih tajam dari hunusan pisau yg menikam terus ke hati dan terus membunuh jiwa...

jiwa..jiwa..jiwa..yang lara,terluka n kecewa...
aku kah itu?si rama-rama yang terbang indah pada mulanya..
melayang-layangkan sayapnya..bikin hati si arjuna dan dara yg bercinta tersenyum riang melihatnya..
namun bila sinar mentari terik memancar,alunan angin yang dengan rakusnya menerbangkan si rama-rama pergi jauh..jauh..jauh..
akhirnya tewa juga si rama-rama..dibiar mati..pudar warna nya..hilang serinya...

perlu..perlu..perlukah romeo mati krn Juliet?perlukah Jake mengorbankan diri buat Rose?perlu..perlu..perlukah itu..hanya anda yg bisa mengerti...

aku..aku..hilang arah tujunya..
tidak..tidak..tidak..tidak dapat merasa n menjelaskan apa yang terjadi..
hati..hati..hati ini mula mencari...
harap..harap..harap..mengharap agar ada ketemu sinarnya jua...

aku tidak bisa bernafas ceria..tidak mampu mengukir senyuman manja..mata memandang sayu..dan..
hati..hati hanya mampu bertahan dengan kata-kata yang menghiris bagai sembilu..mencebek penuh curiga dan mencerca penuh dengkinya...harap hati ini kembali semula pada asalnya...

Tuesday, March 8, 2011

wanita vs berat badan~

wau!!! panas tajuk nie nk diperkatakan..tapi mmg xdpt dinafikan topik nie akan terus diperkatakan oleh kita kaum perempuan..huhu..berat telinga nk mendengar n berbuih mulut nie bercakap kerisauan ttg berat badan..

klu bertmbah berat badan,perlu risau atau tidak???klu anda tnya sy..101% saya akn jwb YA!!kenapa tidak risau dlu bdn bkn main slim..skrg?huhu..ssh ku bilang kau..malu jg lh bila jmp kwn2 len,bila ada yg tegur aku mkin upgrade pegi 2G..yakni GEBU,GENDUT n sewaktu dgn nya..

huhu..heran kn?kenapa kita sllunya takut rasa takut utk nampak gemuk dri org lain?kenapa kdg2 kita terpaksa pusing2 smpai 1jam kt tmpt yg sma mencari baju..bkn baju yg cantek,tp baju yg xmenampakkan kegemukkan kita?kenapa kita asyik klu nampak wlpn penimbang 2 berada dlm keadaan 1km skalipun kita cuba elak??
kenapa,kenapa n kenapa??

kerana sesungguhnya semua manusia terutama perempuan ingin nampak cantek,ingin nampak sempurna n TIDAK SUKA DIPERLEKEHKAN~titik...senang kn jwpn nya?sebab manusia itu sendiri suka utk meletakkan sesuatu nilai pada pekara2 yg tertentu dgn senang lenangnya tanpa mengambil kira perasaan org len...
kdg2 terkilan melihat sesetengah manusia yg sering mentertawakan kelemahan or kekurangan (pd kaca mata mereka lh) orang len..kenapa?anda yg ketawa tue ckp sempurna ka sampai nk hina kami yg 2G or 3G?siapa anda utk meletakkan kecantikkan itu diukur mengikut figure yg anda telah tetapkan??xmalu kah anda menghina sesama manusia ciptaan TUHAN? nie klu aku ckp confirm ramai yg marah..tapi realitinya ini yg terjadi..hina sangat ka org yg mempunyai lemak yg lebih ckit dari org len??

tahukah anda2 yg diluar sna yg suka memandang rendah..betapa terseksanya golongan 3G nie berusaha utk menjadi seperti yg STANDARD yg anda telah tetapkan semata-mata xmau malu n dipandang hina?
mcm2 produk kami telan,bersenam memaksa diri utk berpeluh, sentiasa terpaksa pegi kaunseling sbb xthn dgrn kata2 yg mengguris hati..adoyaiiiii..xda perasaan kah anda ketawa pd org2 begini?

kami faham,kdg2 bila berat bdn naik nie..penyakit senang ja nak hinggap mcm lalat hinggap kt makanan..tp kn,klu org tue mmg figure dh besar 2,tp sihat...mcm mana?psstttt...bkn org yg terlebih lemak ja berpenyakit tau...

bkn marah...cm kc tau ja...hari nie anda ketawakan org,esok lusa org akan ketawakan anda semula..Hidup ini umpama roda,hari nie kita diatas..esok lusa kita dibawah..Tuhan punya rencananya sendiri pada setiap pekara yg berlaku..siapa kita untuk menghakimi n meletakkan syarat ke atas kita sesama manusia..sbg rakan,sy cuma menasihati n mnulis apa yg terbuku diminda..terpulang pada anda utk menerima.sapa makan cili,dia terasa pedasnya...


adios~ (^_^)v

Monday, February 21, 2011

oh la la...persepsi~

dalam keheningan malam yang dingin..hati kecil ini terusik bertanya pada diri,meragui kemampuan n kebinggungan dalam mencari jawapan kepada persoalan di minda..pernah kah kamu merasa rendah diri?pernahkah kamu merasa tidak yakin dengan diri?atau pernahkah kamu malu dgn diri sendiri??

perasaan itu kadang kala timbul dihati kecil ini...kadang kala apa yang kita nampak baik, blm tentu ckp baik dimata org lain,kdg2 apa yg kita nampak sempurna kdg2 cacat pada penglihatan orang lain,,ya ironinya manusia itu ssh utk dipuaskan hati dan kehendaknya..ada sahaja yg tidak kena,ada sahaja kelemahan dan kesilapan org lain sengaja dicari utk dijadika topik atau mungkin bahan tertawa bila bersua dan berbual dgn rakan2..

pada masa itu,pada masa kita tertawa n memerli org lain tanpa kita sedar tawa kita itu mengundang duka di hati org yang kita tertawakan..terutamanya perempuan..kdg2 perempuan ini dijadikan satu topik hangat diperkatakan dari bentuk tubuh sehinggalah kepada apa dia mkn sekalipun dijadikan isu..hai lelaki..ckp2 lh tue..perlukah anda menggelar kami perempuan yg 'sihat2' nie sbg anak gajah??(ops..segelintir aja ea?lelaki yg mulutnya lbh dri perempuan)

heyyy..siapa anda untuk menilai n mentertawakan kelemahan orang lain?seronok kah memperkatakan perihal org lain sdgkan diri sendiri belum tentu cukup sempurna sifatnya?ia benar...semua org berhak menyatakan pendapat dan masing2 mempunyai pemikiran dan ideologi yg berbeza..namun tidak takutkah jika suatu hari nanti Tuhan balikkn semula apa yg anda lakukan pada hari ini pada diri anda?

kepada insan yg mula membenci kelemahan diri...jangann...Tuhan menjadikan kita sebaik2 kejadian Tuhan..Tuhan pasti ada rencananya sendiri menjadikan apa yg kita miliki hari ini..jgn membenci kelemahan yg ada sebaliknya cuba memperbaiki ttp jika itu sudah ketetapan-Nya redhakan sahaja..kepada yg terlalu membangga diri dengan kelebihan yang dimiliki....jangannn...Tuhan yg memberi kelebihan itu,maka Tuhan juga punya hak utk menariknya semula....

mungkin ada yg jelak bila aku sllu berbahasa begini..mungkin ada yg menganggap aku perasan bagus tapi ini realitinya..aku hanya berkongsi apa yg aku rasa n apa yg aku fikir..well reality does bite..so,terpulang kpd anda utk menerima@biarkan ia berlalu ibarat angin lalu...

Tuesday, February 15, 2011

Bukan kerna nama

tergerak hati untuk berkongsi sedikit curahan isi hati.
ia..skrg sedang menghitung hari menanti tarikh bila lagi "tggjwb" ini akan berakhir..
Hampir 4 thn aku disini..hampir 4 thn itu jg lh mcm2 dugaan datang menguji kesabaran n imuniti minda serta badan ini menepis sgala jenis masalah yg datang..

aku insan biasa..aku pelajar biasa..ttp aku jg seorang nahkoda yg memimpin segerombolan anak buah yg harus aku jaga kebajikan nya,yg byk ideanya,yg banyak kehendaknya...aku akui aku sudah penat memikul tgs ini..kdg2 aku mengomel n menyumpah sendiri krn aku menerima tggjwb yg sungguh besar utk aku pikul n aku sedar kemampuan aku tidak setinggi itu.....namun,Tuhan terus-terusan menguji aku dgn memberi aku pelbagai "tggjwb" besar dimana aku harus menjadi sgt2 kuat...

tapi sygnya aku tidak sekuat itu..sering kali jg aku menitiskan air mata krn terluka, sering kali jg hati aku terguris luka, sering kali jg badan ini sudah tidak mampu menanggung kepenatan yg tak sudah..sering kali jg aku tertidur didlm kelas krn kehabisan tenaga n motivasi....aku capek!!! (>_<")

aku tidak punyai kelebihan berbanding rakan-rakan yg lain..aku ttp perlu hadiri kuliah n memenuhi kredit kuliah..aku masih lagi perlu menjaga disiplin aku,aku masih lagi perlu mematuhi jadual rutin harian kuliah + gerko + assignment + isl + tutorial..malah kerja aku bertambah-tambah dari orang biasa...namun,walaupun penat aku gagahi juga..masih lagi tersenyum n masih lg menjalankan tggjwab aku sebaik yg mungkin..

tapi teman....
aku akui..ada masanya aku sgt kecewa..sgt kecewa pada org yg kurang memahami..adat sbg insan yg memegang n menjaga sebuah nahkoda..aku kdg2 dijadikan biskut kering yg dinikmati semasa minum petang.apa yg aku buat diperhatikan,apa ku perkatakan dijadikan topik terhangat..semua serba tak kena...
malahan,ada yg mngatakan ketua  nahkoda ini (aku lh tue) tidak memainkan peranan untuk mengemudi nahkoda ini ke arah yg betul.... (=.=)

ia..aku terbuka terima kritikan,aku terbuka menerima teguran..namun jgn bilang aku tidak berbuat apa2..perlukah aku mengarang karangan atau laporan sepanjang 1000 patah perkataan utk aku khabarkan kerja yg aku buat?perlukah aku menggunakan media massa utk aku promosikan hasil kerja aku?
teman..jgn silap..bukan nama yg ku cari,bukan glamour yg ku kejar,bukan balasan yg aku minta ttp aku cuma minta rasa sedikit empati n penghargaan pada aku insan biasa yg berkerja 2,3,4,5 kali ganda ini...malah,yg aku terkilan..jika dulu masa aku bukan siapa2 org akn menegur aku bertanya "ok ka?study semua ok?sihat ka" tetapi sekarang aku lebih bnyak dihujani dgn pertanyaan "elaun dh keluar ka?","apa tindakan ko sbg ketua,proaktif lh ckit?'' bukan semua..tetapi sebilangannya begitu...

aku pinta padamu teman ku..
andai aku ketua yg tidak ada fungsinya,tidak mampu menjaga kebajikan anda...ambillah iktibar daripada kejahilan aku..
tetapi andai aku ketua yg anda hormati..pastikan anda menjadi orang yg 1000X ganda lebih baik n hebat dari aku..
maafkan aku andai aku punyai kelemahan..maafkan aku andai aku tidak sempurna..maafkan aku andai aku melukakan hati anda..



sesungguhnya..saya bekerja bukan kerna nama..saya bekerja kerana tggjwab serta kepercayaan yg telah diberikan sebaik yg mungkin..aku menulis bukan kerana mengeluh,aku menulis bukan utk menyalahkan sesiapa..aku cuma menulis agar anda memahami...aku insan biasa,masih punya hati yg perlu dijaga...,

Wednesday, February 9, 2011

my someone (^_~)v

he is my someone special..someone dat owez in my heart~ btl lh kata org dlu2..tak kenal maka xcinta.. dlu mula2 msa aku jmp dia bt pertama kalinya msa Minggu Pengurusan Pelajar Baharu, aku xprnh sedar pn akn kehadiran dia..malah yg lebih terok aku lgsg xingat apa2 pn ttg dia berbanding geng2 KPLI yg len..hihi..

sampai lh msa aku n dia sma2 ikut perkhemahan Bina Insan Guru n Unit Beruniform..
..dia..sllu bt aku tertanya2 sbb asl jmp n asl tgk muka aku ja dia akan senyum memanjang n tegur..mmg lh lumrah klau kt IPG nie budaya salam tp mslhnya  msa 2 dia tgr mesra semacam..haha..aku apa lg, asl nmpk dia ja wlpn dri jrk 1km skalipn (hiperbola jap) aku akn cb utk elak jmp dia..

tp lps sma2 bersembang dgn dia, aku sedar byk persamaan n rs dh lma knal n selesa nk ckp ngan dia..part plg best dia curi aku pnya ikat rambut..haha..alasan dia nk ckp dgn aku lh tue..



bila dia mula mcm nk ngorat2 tue, aku prnh tnya kt dia n diri aku sendiri.."xterlalu cpt ka utk semua nie??"
ntah,itu urusan Tuhan..soal hati n aku sendiri xmampu menjwbnya..

klau ditanya knp aku plh dia sbg my someone special..jwpn aku senang "i dont have any specific answer for that, coz my heart tell me so,the feeling so strong n my mind keep saying dat he's da one for me"

aku sedar..kita bertemu, bercinta n msg2 mempunyai keinginan utk bahagia..semua manusia begitu termasuk aku..tidak pernah pn terlintas utk bersama hnya utk sementara cuma..

byk yg aku telah harungi selama ini..dia antara org yg ckp memahami aku n menjadikan aku lebih matang..bkn memuji nie nk ambik ati si dia..tp hakikatnya
aku suka senyuman nya,
aku suka cara dia angkat keningnya..hahaha..
aku suka bila dia menasihati aku,
aku suka dgn sikap mengambil beratnya,
aku suka sikap penyayangnya,
aku suka sikapnya yg sentiasa menemani aku n
aku paling suka sikapnya bertanggungjawab n hormat semasa bertemu dgn keluarga ku..apa yg lebih bermakna selain drpd berkat n restu drpd keluarga tercinta?



aku tidak tahu apa yg dirancang oleh Tuhan ttg ku n dia..kami hnya mampu merancang dan Tuhan menentukan segalanya..
aku sayang n cintakan dia..

Tuhan...kiranya benar dia orangnya,aku bermohon kpd Mu agar Kau panjangkan lh jodoh aku n dia, ttp kiranya bkn aku harap Kau tunjukkan lh dgn cara yg betul ttp aku ttp berdoa agar dia adlah satu2nya lelaki yg akn menjadi pendampingku,pembimbingku,perlindungku n menjadi suami ku..Terima kasih Tuhan krn mempertemukan n menjadikan kebesaran serta kasih sayangMu terlahir melalui hubungan aku dgn dia.. =)


Lyester Sopital..The best thing about me is you..thank you for loving me for who i am..

Saturday, January 29, 2011

S.A.Y.A.N.G =)

erm..mengambil masa utk aku coretkan tinta hati dalam blog nie..
kdg2 otak dan minda aku menerawang mencari idea2 yg sesuai untuk aku titip dan kongsi bersama..
ea..akhirnya aku memilih utk menitip kisah hidup aku bersama org yg sllu disamping ku..

takala aku sendiri mengimbau semula segala kisah lampau..
membuka semula buku yg berhabuk tidak pernah aku jegah sebelum ini..
betapa aku sedar,byk kesilapan ku lakukan krn keegoan diri, kecetekan akal utk berfikir dan plg penting....
ketidakboleh percayaan diri ini utk menghargai..

kdg2 aku sibuk mencari kelemahan diri, menyalahkan situasi dan takdir tanpa aku fikir utk menyayangi diri..
ia...aku lupa utk menyayangi diri dan terlalu sibuk menyayangi dan cuba membahagiakan org lain..
aku tersedar, aku telah hanyut tetapi masih belum jauh utk aku putarkan semula khilaf ini..

dulu aku fikir,kita xblh jadi mementingkan diri, kita mesti menjaga hati org lain,kita tak boleh lukakan hati orang..
tapi aku lupa dan tak sedar aku telah lukakan hati mereka dengan sikap yg tak sayangkn diri sendiri!!!

stigma menerjah kotak fikiran bila berbicara ttg "sayangkan diri"..
ada yg berfikir sygkn diri bermaksud mementingkn diri, buat hal sendiri tak endahkn org len dan plbagai definisi yag bersangkut paut dan sepupu sepapat dengan selfish dlm bahasa mudahnya...
namun kita lupa pujangga pernah bermadah..
''sesungguhnya sayang dan cintai diri sendiri sebelum kita menyayangi org lain..kerana apabila kita menyayangi diri sendiri barulah kita boleh menyintai dan menyayangi orang lain tanpa syarat''

nah!!!!kelu lidah berbicara, berpusing otak memikirkan...tanpa syarat bukan bererti kita tidak meletakkan had..sebaliknya apabila kita sayangkan diri kita akan cuba memperbaiki kelemahan diri, memperkasakan lagi sifat baik dalam diri, menjaga diri dan paling penting sentiasa berusaha utk jadi lebih baik...bila kita sudah mula menyayangi diri,kita tidak akan meletakkan syarat pada pasangan, meminta itu dan ini..kerana dengan menyintai diri sendiri kita akan sedar  bahawa kita hanya makluk ciptaan Tuhan yang bersifat sementara....

ciptaan Tuhan yg punyai rasa sayang dan cinta..
ciptaan Tuhan yg kdg2 kala melakukan kesilapan..
ciptaan Tuhan yg masih ada kekurangannya..
ciptaan Tuhan yg harus sedar Tiada yg SEMPURNA melainkan TUHAN MAHA ESA...

kINI,aku lebih tahu..
aku lebih menghargai orang disekeliling ku..
belajar sayangkan diri...
menghargai ibu,bapa dan keluarga ku..
menyintai insan yg berjaya mengubah aku ke arah yg lebih baik..
menghormati rakan-rakan ku..
menyayangi ilmu yg ku miliki..
dan meletakkan Tuhan itu tertinggi dalam sanubari ini....

NEVER GIVE UP!!! (^_~)v